Pembetulan Modul

Pembetulan 1

Ralat : Laporan Jualan tiada hasil carian jika pilih julat tarikh hari yang sama.

Punca : Dalam SQL query, perbandingan tarikh akan membandingkan masa juga, jadi pilihan julat tarikh sentiasa tiada hasil kerana SQL akan membandingkan masa 00:00:00 dengan masa pesanan dibuat. Perlu tukarkan nilai julat 'tarikh dan masa' kepada 'tarikh' sahaja (cast to date).

Solusi :
Dalam kod 'admin_laporan.php', di TIGA tempat sahaja, dalam query SQL yang ditandakan warna MERAH, gantikan dengan kod seperti warna HIJAU.

masa gantikan dengan CAST(masa AS DATE)

Dimaklumkan oleh Cikgu JK Wong. Terima Kasih.

Pembetulan 2

Ralat : Imej item tidak berjaya disimpan walaupun semua kod sudah betul.

Nota: Pembetulan ini tidak wajib, hanya jika hadapi masalah tidak berjaya upload imej item saja, tetapi digalakkan juga untuk semua buat perubahan kod ini.

1. Dalam kod admin_item_borang.php, cari kod seperti dibawah dan PADAM kod tersebut:

$file_ext = pathinfo($i['full_path'], PATHINFO_EXTENSION);

2. Copy kod di bawah ini dan Paste di tempat kod yang telah dipadam tersebut:

$file_name = explode('.', $i['name']);
$file_ext = strtolower(end($file_name));